Navigation


 Volunteer Publications


 Go back to the forum

Pusat Sukarelawan Kebajikan Sabah   

Identiti Dan Sejarah Pusat Sukarelawan Kebajikan Sabah

Admin | Published tue Mar 13, 2018 3:28 pm | 53 Views

PUSAT SUKARELAWAN KEBAJIKAN SABAH (sebelum ini dikenali sebagai Pusat Sukarelawan Sabah) Ditubuhkan pada tahun 2011 di bawah Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah (MPMS) yang bernaung di bawah Kementerian Pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna Sabah.

Dalam Memperkasakan Pusat Sukarelawan Kebajikan Sabah, Seorang Pengerusi iaitu Encik Ithong @ Etong Bin Terang telah dilantik pada 25 Ogos 2015 yang bertanggungjawab dalam mengurus, merancang dan melaksanakan peranan PSKS secara Sepenuhnya.

PSKS menerapkan nilai-nilai yang tertinggi bagi membentuk sukarelawan kebajikan di Negeri sabah bagi memberi impak positif kepada ahli yang menyertai. hasil yang ahli sukarelawan akan terkesan adalah PERASAAN  NILAI DIRI YANG TINGGI, RASA HORMAT SESAMA MANUSIA, LEBIH BERSIKAP POSITIF, TOLERANSI YANG TINGGI, DAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMUNITI.

Sehubungan dengan itu, PSKS Menggariskan OBJEKTIF 

  1. Untuk Mendaftarkan Sukarelawan dan memadankan individu atau kumpulan berdaftar dengan kemahiran dengan peluang sukarela kebajikan yang sesuai.
  2. Untuk memberi Maklumat dan panduan kepada masyarakat setempat tentang kerja sukarelawan kebajikan.
  3. Untuk mengumpul maklumat tentang keperluan khidmat sukarelawan daripada pelbagai pihak seperti badan NGO kebajikan dan menyebarkan maklumat ini kepada sukarelawan setempat.
  4. untuk menggalakkan dan mempromosikan semangat dan minat sukarelawan terutamanya dalam bidang kebajikan di kalangan masyarakat terutamanya di Negeri Sabah.
  5. Untuk menganjurkan ceramah, Seminar dan Kursus serta Latihan yang sesuai kepada Sukarelawan Berdaftar dengan Pusat Sukarelawan Kebajikan Sabah.
  6. Untuk Berkerjasama dan mengadakan Jalinan yang erat dengan jabatan dan agensi kerajaan, badan sukarela kebajikan dan sektor swasta dan masyarakat umum bagi membangunkan peluan setempat untuk kerja sukarela kebajikan.
  7. untuk memberi penghargaan kepada individu yang memberi sumbangan perkhidmatan dalam kerja sukarela kebajikan
  8. Untuk memberi peluang kepada sukarelawan agar berkongsi pengetahuan dan pengalaman.


LOGO PUSAT SUKARELAWAN KEBAJIKAN SABAH DAN PRINSIP PERKHIDMATAN


Pusat Sukarelawan Kebajikan Sabah

Saya Sukarela Membantu

 

Antara Perkhidmatan Yang Dijalankan Oleh PSKS adalah :

Pendaftaran Ahli

Ziarah Kasih

Program Baik Pulih Rumah

Latihan / bengkel / seminar

Khidmat Bantu Di Rumah (Home Help Services)

Khidmat Sosial / Khidmat Kominiti

CTH: MELAWAT , MENGECAT , MENCERIAKAN, MEMBERSIHAN PERSEKIRATAN INSTITUSI KEBAJIKAN. 

CTH: PROGRAM CHARITY RUN, SUNDAY FAMILY RIDE, FACE LPPKN, SUKARELAWAN FRIENDS OF KPDNKK

Ziarah Ramadhan

Sukarelawan Bencana / Pasca Bencana

Jejak Susulan

Dialog Kesukarelawanan dan Kesedaran Awam : Pemangkin Kesejahteraan Masyarakat


About the author